Bagi memastikan tahap kecergasan fizikal Pegawai Penjara pada tahap yang terbaik, Unit Latihan Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengadakan latihan fizikal di luar dari tempat latihan pada 21.07.2018 ( Sabtu ). Seramai 14 pegawai telah menjalani latihan tersebut yang telah diadakan bertempat di Taman Bandaraya Bukit Serindit berhampiran Stadium Tun Fatimah berjogging sebanyak 3 pusingan, Senamrobik bersama orang ramai, Larian di Dataran Pahlawan sebanyak 5 pusingan serta mendaki Bukit St Paul, Melaka. Selain dari menjalani latihan mereka juga didedahkan dengan persekitaran yang nyaman serta dapat menjalani latihan bersama orang awam.
""